Selamat pagi..selamat pagi Jumaat, Ummul Yaum yang barokah.
Selamat berkenalan buat ibu-ibu khasnya, para bapa, abang , kakak, datuk , nenek semua. Saya berbesar hati dapat berkenalan dengan anda.Hihi formal kan?hihi..
Sedikit pengenalan mengenai diri saya, saya Puan Oya Suraya yang lebih dikenali sebagai Oya Pempes @ Oya Diapers di kalangan ibu-ibu. Sebab? Saya sebenarnya adalah pembekal lampin pakai buang murah dan berkualiti , berjenama edaran sendiri , boleh rujuk di FB: Diapers Negeri Sembilan.
Merupakan ibu kepada dua hero kecil dan isteri kepada seorang suami, dan yang paling lama saya pegang title ini adalah anak tunggal kepada pasangan PakcikDeris dan MakCik Ita (kerepek). :P
Anak-anak saya, seorang Ziqri Rizqin dan seorang Yusuf Rafee, berumur masing-masing 3tahun dan 1tahun merupakan sumber inspirasi kami dalam kehidupan yang sangat mencabar dewasa ini.
Anak saya yang kedua lebih dikenali sebagai ANGAH , kini setahun 4bulan dan sepenuhnya menyusu badan, dan syukur alhamdulillah, berkat izinNya, saya yang consume produk Shaklee iaitu ESP dan Alfalfa juga membantu saya dalam melakukan penyusuan penuh ini.
Dulu,semasa mula-mula consume ESP ini, saya hanyalah pengguna biasa dan tidak berdaftar sebagai distributor , daripada ESP + ALFALFA, saya terjebak (ceh terjebak konon) dengan LECITHIN pula.. dan sejak merasa kehebatan produk2 Shaklee yang mana telah saya dengar sejak darjah 6 oleh Guru Kelas saya, Cikgu Ramlah di SEK. KEB. BANDAR BARU SUNGAI BULOH , saya makin terpikat tertarik menarik kau memang de boom..uhu!
Takdir Allah menemukan saya dengan Yani, 'mok' saya yang lagi muda dari saya tapi sangat bersungguh dalam berkongsi ilmu kesihatan dengan ramai orang. Saya makin teruja,dan mendaftar.
Hari ini, mak saya yang menghidap HYPERTHYROID juga menggunakan ESP sebagai Supplemen hariannya.
Suami saya yang dah pun masuk Yellow Zone di Hosp. Tuanku Jaafar Seremban, atas simptom yang dialaminya, tak warded sebab masih dikategorikan normal walau paginya sebelum ke klinik dan hospital, suami saya rasa amat sakit.Kisah disebaliknya?? Nanti saya cerita dalam next entry ya.. :P sabarr..
Abah saya pula, OSTEMATRIX DAN ADVANCE JOINT HEALTH TABLET (AJHT) untuk abah dan mak yang ulang alik turun naik tangga hari-hari, TINGKAT 3 pula tu!!!
Anak-anak saya berikan Omega Guard . Macamana mereka telan? jengjengjeng..ni pun nanti saya buat satu entry ya
Apapun sebenarnya, pernahkah anda pergi check up dan tanya pada diri anda sendiri.. dalam kehidupan serba mencabar. moden dan maju, adakah kita dapat 100% memastikan zat yang sepatutnya terkandung dalam menu harian kita tetap ada , walau kita tak dapat pastikan betul2 sebab kesibukan kerja membuatkan kita sering makan diluar, bukan dirumah dengan memasak sendiri?
Kami sekeluarga dan CHECK UP dan sekarang tibalah masanya kami REBRAND diri kami semula dan mendapatkan kehidupan yang sihat dengan consume produk Shaklee yang 100% vegetarian dan mendapat pengesahan halal!
Anda dah RECHECK dan REBRAND?
JOM!
Oya Suraya (Nilai)
019-312 6601
SID : 1091565